SIAPAKAH SYAITAN??

ERTI SYAITAN
Syaitan/Syaithan berasal dari bahasa Arab yang didasarkan kepada Syathana yang bermaksud 'jauh'. Sebenarnya aspek terjemahan kalimah syaitan ini amat meluas. Antara lain syaitan membawa maksud "terbakar", "kesulitan", "hancur terbakar" dan pelbagai lagi erti syaitan menurut bahasa.

Dari segi istilah pula, syaitan bermaksud "segala yang buruk dan jahat". Sebenarnya kalimah Syaitan bukanlah mutlak berasal dari kalimah bahasa Arab kerana di dalam bahasa Ibrani, syaitan disebut sebagai Satan [satanot - jamak] yang turut merujuk kepada "kejahatan" dan terma satan banyak digunakan di dalam kitab-kitab agama Yahudi sejak beribu tahun dahulu.


SIAPAKAH SYAITAN SEBENARNYA?
Syaitan adalah kata sifat yang dinaqalkan kepada sesuatu yang buruk sifatnya tidak kira sama ada manusia, jin, haiwan, penyakit atau sesuatu yang berkaitan dengannya. Namun terma syaitan lebih utama digunakan terhadap jin dan manusia.



Contoh mudah ketika kita sedang marah, kita akan panggil seseorang itu dengan perkataan yang buruk misalnya Si A marah kepada Si B kerana mencuri barangnya dengan berkata: "syaitan engkau Si B!!". Maka di sinilah wujudnya penggunaan terma syaitan yang disifatkan kepada sikap Si B yang mencuri.

Syaitan bukan makhluk yang khusus, umum mahupun yang telah ditetapkan rupa kejadiannya. Manusia sering keliru dan berkata terdapat perbezaan di antara jin dan syaitan bahkan mengatakan bahawa hanya jin adalah syaitan. Pendapat sedemikian adalah salah kerana syaitan juga terdapat dari golongan manusia.

Firman Allah Azzwajall:

"Setelah itu, maka syaitan telah menggelincirkan mereka berdua dari syurga......"
[al-Baqarah 2:36]

"Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang beriman, mereka berkata 'Kami telah beriman!' dan apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula 'Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok terhadap orang-orang yang beriman!' "
[al-Baqarah 2:14]

"Katakanlah! Aku berlindung kepada Tuhan manusia. Raja Manusia. Tuhan Manusia. Daripada kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. Dari kalangan jin dan manusia"
[an-Nas 114:1-6]

Ternyata syaitan itu terdiri dari kalangan jin dan manusia. Berdasarkan tafsir dari ayat-ayat ini, dapat saya gambarkan bahawa sifat syaitan yang diberikan adalah sebagai berikut:-


Namun bukanlah bermaksud manusia yang kafir sejak azali itu syaitan, sebaliknya jika dia melakukan perkara-perkata buruk yang boleh disifatkan sebagai syaitan seperti sikap orang-orang kafir yang menipu ketika menemui golongan mereka untuk memperolok-olokkan orang-orang beriman.

Iblis sendiri disifatkan sebagai syaitan walhal dia sendiri mempunyai nama yang khusus. Namun akibat perbuatannya menghasut Nabi Adam dan Hawa, maka dia dan perbuatannya disifatkan sebagai syaitan. Sedang syaitan yang menjadi tentera kepada Iblis terdiri dari kalangan jin dan manusia [sekiranya manusia tersebut bersikap seperti Iblis dan tentera-tenteranya].

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya syaitan berjalan di dalam tubuh anak-anak Adam mengikut pembuluh darah"
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Wallahua'alam.

7 comments:

  1. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah MAKHLUK yang sangat kufur kepada Tuhannya.
    Al_Israa ayat 27.

    ReplyDelete
  2. Tuan, saya ingin mengemukakan sedikit pendapat mengenai hadis Nabi yg menyatakan bahawa syaitan yg berjalan di dalam pembuluh darah anak Adam itu ialah makhluk tuhan juga seperti bakteri, virus dan sebagainya yg membuat kerosakan di dalam badan manusia.

    ReplyDelete
  3. Syaitan, Jin dan Iblis bukan Makhluk atau Entiti,bentuk dan satu susuk tubuh. Itu perumpamaan bagi org yg berakal. Amat sedikit sekali manusia menggunakan akal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syaitan itu sifat makhluk

      Iblis adalah jin, surah kahf

      Syaitan terdiri dari
      1) manusia yg fasik dan kufur
      2) jin fasik dan kufur
      Surah annas

      Delete